[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

CATL lancar bateri ion natrium ganti litium

Amanz 26/04/2025 | 04:15 MYT
CATL melancarkan bateri ion natrium Naxtra, alternatif lebih selamat dan banyak berbanding litium. -Amanz
MINGGU ini, Contemporary Amperex Technology Co Limited (CATL) telah melancarkan beberapa teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) baharu yang akan mengurangkan pergantungan kepada litium.

Ringkasan AI
  • CATL melancarkan bateri ion natrium Naxtra, alternatif lebih selamat dan banyak berbanding litium.
  • Bateri Naxtra untuk EV penumpang beroperasi dalam julat suhu luas, dengan kepadatan tenaga 175Wh/kg dan jarak perjalanan sehingga 500km.
  • Bateri Naxtra untuk lori tugasan berat boleh digunakan selama 8 tahun dan masih berfungsi walaupun selepas setahun tidak digunakan.

Bateri Naxtra ialah bateri ion natrium pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Penggunaan natrium dalam bateri dilihat sebagai alternatif yang lebih selamat dan sumber ini lebih banyak di bumi berbanding litium.
Dengan wujudnya sumber bateri sekunder, isu rantaian bekalan dan harga litium akan dapat dikurangkan.
Dua bateri Naxtra ditawarkan dengan satu untuk EV penumpang dan satu lagi untuk kegunaan lori tugasan berat.
Bateri untuk EV penumpang boleh beroperasi dalam julat suhu -40°C hingga +70°C dengan 90% kapasiti tenaga masih boleh digunakan walaupun pada suhu -40°C.
Ia turut mempunyai kepadatan tenaga 175Wh/kg yang hampir setanding dengan bateri LFP (~200 Wh/kg).
Ia juga menawarkan jarak perjalanan sehingga 500km dan boleh bertahan 10,000 kitaran pengecasan.
Sementara itu bateri Naxtra 24V Heavy-Duty Truck Integrated Start-Stop pula boleh digunakan selama 8 tahun.
Seterusnya menurut CATL mereka menjamin bateri masih boleh digunakan walaupun selepas setahun kenderaan tidak digunakan. -Amanz
#CATL #bateri ion natrium #Naxtra #litium