Pelan catuan air yang dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan bermula 1 Mei ini.
Perkara itu disahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya semua kawasan yang terlibat dengan catuan air akan memperoleh bekalan air seperti biasa bermula esok (Khamis) atau selewat-lewatnya Jumaat ini bagi kawasan bertekanan rendah.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pelan catuan bekalan air negeri selangor pada isnin yang disertai suruhanjaya perkhidmatan air negara (SPAN), lembaga urus air selangor (LUAS), Jabatan perairan dan saliran (JPS) serta syarikat-syarikat konsesi.
"Kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam serta hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan" kata Abdul Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam.
Menurutnya lagi, beliau telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran kerajaan Malaysia untuk kerajaan Negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah 'Electable Flare Rack'.
Ini kerana berdasarkan maklumat diperolehi terdapat sekatan untuk melakukan teknik berkenaan kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara.
Dalam pada itu, kerajaan negeri akan mempertingkatkan usaha menambah bekalan air sebagai persediaan menghadapi musim kering yang berpanjangan yang dijangka bermula akhir Mei hingga September.
Untuk tujuan itu, JPS telah membekalkan 10 buah pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolan dan hilir sungai ke Sungai Selangor.
Sejumlah RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri untuk membeli pam dan pembinaan infrastruktur bagi melakukan kerja-kerja pengepaman itu.
"Pam-pam ini akan digunakan untuk mengepam air sungai berlebihan ke kolam takungan sebagai persiapan awal dan akan dipam semula ke sungai apabila musim kering.
"Dengan kaedah ini, pelepasan air daripada empangan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikal dapat dilanjutkan antara 5 hingga 6 bulan," tambah Abdul Khalid.
Kerajaan negeri juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam-kolam takungan dan menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kawasan larangan khas.
Abdul Khalid pada masa yang sama menerusi laman Twitternya turut mengesahkan perkara tersebut.
Katanya dalam laman Twitter tersebut, meskipun catuan dihentikan, pemantauan perkembangan paras empangan di negeri itu tetap dijalankan.
Katanya, usaha keras seperti pengepaman air dan teknologi pembenihan awan dari Thailand mampu meningkatkan kawasan tadahan air.
Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan pelan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada 27 Februari tahun ini akan ditarik balik, berkuatkuasa esok.
Ia diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim dalam satu kenyataan di Kangar, pada Rabu.
Katanya pengguna air yang terjejas akibat catuan peringkat 1, 2, 3 dan 4 bakal menikmati bekalan air seperti biasa, mulai esok (Khamis).
Ismail berkata keputusan itu disahkan kerajaan negeri Selangor menerusi surat rasmi bertarikh 29 April 2014.
Dalam surat itu, setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyatakan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor mengenai catuan bekalan air.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu dihadiri setiausaha kanan Kementerian Teknologi Hijau dan Air, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), serta wakil agensi berkaitan.
Sementara itu, Khalid dijadualkan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Shah Alam petang ini.
Haider Yutim, Tan Su Lin
Wed Apr 30 2014
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Gambar Fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.
El Nino: Catuan air mungkin dilakukan bergantung situasi
Ketika ini catuan belum dijalankan dan bekalan air bersih di Sandakan masih diagihkan seperti biasa.
Kerja penambahbaikan LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula hari ini
Air Selangor menasihati pelanggan yang terjejas untuk menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini
Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Sektor pelancongan Melaka dikhuatiri berdepan 'bad review' jika catuan air berterusan
Lebih membimbangkan,sekiranya pelancong dari luar negara memberikan ulasan yang kurang memuaskan kepada tahap perkhidmatan mereka.