awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catuan air: Basuh beras dalam tandas antara rungutan pengguna

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
05/04/2014
07:49 MYT
Catuan air: Basuh beras dalam tandas antara rungutan pengguna
Terpaksa membasuh beras menggunakan air di dalam tandas dan mandi dengan hanya segajung air.
Ini adalah di antara dugaan serta cabaran yang sedang dilalui oleh pengguna ekoran Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat yang berkuatkuasa sejak semalam.
Hal ini bukan sahaja telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna, tetapi turut menimbulkan persoalan mengapa catuan air harus diteruskan walaupun hujan sudah mula turun dengan kerap di sekitar Lembah Klang kebelakangan ini.
Pengguna Twitter, Apis berkata beliau hanya menggunakan segayung air untuk mandi akibat catuan air.
hah. hari mndi lmbat ngan segayung air je. catuan punye pasal --'
— apis (@nafisenpai) April 5, 2014
Pengguna Twitter Qil berkata beliau terpaksa membasuh beras di dalam tandas sesuatu yang tidak pernah dialami dalam hidupnya sebelum ini.
Tak pernah2 aku basuh beras dalam toilet. Ni gara-gara catuan air yg tak ikut jadual! Terima kasihla. Nasib sempat tadah air.
— Qil (@QilQilLaLa) April 5, 2014
Pengguna Twitter Masrina pula berkata beliau terpaksa menyiapkan kerja membersih rumah sebelum bertolak ke kampung halaman akibat catuan air ini.
sebab KL ada catuan air..terpaksa la setelkn basuh baju..mop lantai..kemas rumah sblm blk kampung
— masrina (@miss_rizzam) April 5, 2014
Sementara itu, terdapat ramai lagi pengguna Twitter merungut tentang catuan air.
sick of playing hide and seek with catuan air dekat selangor ni blerghh.
— darthsulphuric (@XianXaid) April 4, 2014
Everything is fine with living in Selangor except for the catuan air shiz
— Siti Nur Atiqah (@Mummyyyyyy) April 4, 2014
dah hujan lebat pun kena catuan air ke? huh ada rasaksa minum air ke apa ni
— Izyan Nazirah (@__izyan) April 5, 2014
PV16 kena catuan air . kesian adik'adik aku .
— نور نابيلله (@iela_nuna) April 5, 2014
Baru dpt rase kepahitan hidup xde air. Catuan air bermula d tmn puchong utama :(
— hafiz hazwan hammani (@hafizhazwanhamm) April 5, 2014
Balik2 dari sekolah Ibu:"jgn mandi. Mandi petang nnti" Aik kenapa pulak? Ok phm. Rumah aq air kene catu. Tapi tapi tapi ugh
— Lady Dyana (@LadyDyanaxxx) April 5, 2014
catu air ni sebenarnya salah satu ujian untuk kita manusia ni
— Amier Ikhwan Fuad (@amierikhwan) April 5, 2014
Sebelum ini, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan sehingga 30 April.
Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kassim pula berkata fasa keempat ini dilaksanakan berikutan penyusutan paras air berterusan di beberapa empangan utama di kawasan itu.
Ismail menjelaskan bahawa paras simpanan air di empangan Sungai Selangor setakat 31 Mac adalah 189.6 juta meter padu berbanding pada bulan yang sama tahun 2013 di mana paras pada kapasiti penuh adalah 235 juta meter padu.
Seluruh kawasan yang terjejas akan ditampung empangan Sungai Selangor ataupun Klang Gate.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelan catuan bekalan air itu, pengguna digalakkan melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.
Topic Berkaitan
#catuan air
#rungut
#Sosial Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan