awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBP buka cawangan ke-31 di Miri, beberapa lagi di Sabah dan Terengganu pada suku pertama 2024

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2023
07:32 MYT
CBP buka cawangan ke-31 di Miri, beberapa lagi di Sabah dan Terengganu pada suku pertama 2024
CBP kini dalam perancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026 - Foto/Co-opbank Pertama
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) membuka cawangan yang ke-31 di Miri, Sarawak semalam, dan akan mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan di Sandakan dan Papar, Sabah serta Jerteh, Terengganu pada suku pertama 2024.
Pengerusinya Datuk Baharom Embi berkata, pembukaan cawangan Sarawak adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat seiring dengan perancangan strategik CBP untuk mengembangkan lagi perniagaan.
"Ini merupakan cawangan CBP yang kedua di negeri Sarawak selepas Kuching, dan yang ketiga adalah Cawangan Matang Jaya yang akan dibuka pada suku pertama tahun 2024.
"Ia sejajar dengan strategi CBP untuk membawa produk dan perbankan terus kepada penduduk di Bumi Kenyalang ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Pembukaan cawangan di Miri disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar.
Baharom berkata, CBP berharap dengan pertambahan cawangan di Sabah dan Sarawak, penduduk setempat dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, selain anggota dan pelanggan sedia ada dapat menjalankan urusan dengan mudah.
Beliau menambah, CBP kini dalam perancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 36 buah cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2026.
"Ia seperti yang dirancang dalam Pelan Strategik CBP 2022-2026 yang dilancarkan pada 31 Mei 2022 dengan memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP," ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Co-opbank Pertama
#Cawangan CBP di Miri
#Sarawak
#perbankan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan