awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cecair pembasmi kuman Bidara Ruqyah tiada kelulusan KKM

Bernama
Bernama
28/03/2020
06:04 MYT
Cecair pembasmi kuman Bidara Ruqyah tiada kelulusan KKM
KKM memaklumkan, semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu sebelum dipasarkan bagi memastikan ia berkualiti dan selamat digunakan. - Foto Facebook KKM
Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menggunakan produk cecair pembasmi kuman 'Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi' yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu, sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ia berkualiti dan selamat digunakan.
"Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, KKM menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dan berhati-hati semasa membeli produk cecair pembasmi kuman di pasaran.
Sebarang semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bidara Ruqyah
#cecair pembasmi kuman
#hand sanitizer
#kelulusan
#KKM
#pasaran
#produk tidak berdaftar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan