MALAYSIA
CEDAW dan FAWN 2025 tanda era baharu pemerkasaan wanita
Nancy (tengah) ketika pelancaran Buku 30 tahun CEDAW Malaysia bersama dif-dif kehormat. - Foto KPWKM
KUALA LUMPUR: Lebih ramai wanita kini berada di barisan hadapan kepimpinan, pendidikan dan keusahawanan, hasil daripada tiga dekad perjuangan di bawah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Ringkasan AI
Kini, perjalanan itu diteruskan dengan pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia dan perasmian Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) 2025, disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, di Berjaya Times Square Hotel, pada Selasa.
Dalam ucapannya, Nancy menegaskan bahawa pelbagai inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan dan Agensinya membuahkan hasil nyata untuk wanita Malaysia.
“Kita telah meminda Akta Kerja 1955 bagi memberikan hak dan perlindungan lebih baik kepada pekerja wanita serta meningkatkan kesaksamaan gender (jantina),” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa perlindungan daripada gangguan seksual kini lebih kukuh.
“Akta Anti Gangguan Seksual 2022 telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 8 Mac 2024.
“Tribunal Anti Gangguan Seksual atau TAGS diwujudkan untuk membantu mangsa mendapatkan keadilan dengan lebih cepat dan kos minimum.
“Kita telah melantik Gender Focal Point dan Gender Focal Team di setiap kementerian dan agensi bagi memastikan dasar sensitif gender diambil kira dalam semua keputusan,” katanya.
Beliau juga menegaskan, kepentingan meningkatkan peranan wanita dalam kepimpinan dan menekankan peranan besar wanita dalam pendidikan serta pencapaian wanita yang telah mengatasi jangkaan.
“Kerajaan menetapkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita berada di peringkat pembuat keputusan, selaras dengan amalan antarabangsa,” ujarnya.
“Wanita Malaysia kini telah berjaya melepasi skor Sub-Indeks Pencapaian Pendidikan dengan markah 1.071 pada tahun 2023. Dengan sokongan Kerangka Ekonomi MADANI, kita menyasarkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita mencecah 60 peratus menjelang 2030,” katanya.
FAWN 2025 dianjurkan KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai platform strategik untuk mengarusperdanakan Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025–2030.
Forum itu menghimpunkan tokoh kerajaan, akademia, NGO dan sektor swasta bagi membincangkan kepimpinan, keusahawanan, inovasi, pendidikan, STEM serta kesejahteraan sosial melalui “Bicara Inspirasi CEO: Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.”
“Forum ini menjadi medan dialog untuk menyelaras tindakan ke arah kesaksamaan gender yang lebih menyeluruh,” jelasnya.
Selain itu, “Diskusi Pascaperceraian: Dalam Sirna Ada Sinar” turut memberi tumpuan kepada isu nafkah anak. Statistik menunjukkan hampir 30 peratus kes perceraian di mahkamah syariah melibatkan kegagalan bekas suami menunaikan nafkah anak, memberi kesan langsung kepada kesejahteraan ibu tunggal dan pembangunan anak-anak.
Sementara itu, pelancaran buku 30 Tahun CEDAW Malaysia mendokumentasikan perjalanan Malaysia dalam melaksanakan komitmen CEDAW sejak 1995, selain menandakan ulang tahun ke-30 perjuangan hak wanita. Ia menjadi simbol komitmen negara membina masyarakat lebih inklusif, adil dan bebas diskriminasi.
Melalui DWN dan PTPW 2025–2030, kerajaan menetapkan sasaran besar termasuk 1 juta usahawan wanita berdaftar menjelang 2030, 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan politik dan korporat, 10 peratus penyertaan wanita dalam sektor keselamatan, serta peningkatan penglibatan wanita dalam STEM dan bidang profesional.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Maziah Che Yusoff berkata, prinsip utama CEDAW adalah, wanita mesti dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan dan diskriminasi.
“Hak asasi wanita bukan sahaja soal kesaksamaan, tetapi perlindungan daripada keganasan dan diskriminasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan mereka.
“Dengan penyertaan Malaysia dalam CEDAW pada 1995, kita mengukuhkan komitmen untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, seiring dengan piawaian antarabangsa,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Lebih ramai wanita kini berada di barisan hadapan kepimpinan, pendidikan dan keusahawanan, hasil daripada tiga dekad perjuangan di bawah CEDAW. Kini, perjalanan itu diteruskan dengan pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia dan perasmian Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) 2025, disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, di Berjaya Times Square Hotel, pada Selasa. Dalam ucapannya, Nancy menegaskan bahawa pelbagai inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan dan Agensinya membuahkan hasil nyata untuk wanita Malaysia.