IPOH: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengalami kecederaan selepas dipijak pegawai kanan jabatan sama di Depot Imigresen Sementara, Bidor pada Khamis.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian oleh mangsa pada 10 Mac, jam 2 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Katanya, siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis ketika hari terakhir mangsa yang juga seorang lelaki menjalani Ujian Kecergasan Pegawai dan Anggota Pasukan Taktikal Khas (Pastak).
"Mangsa bersama dua pelatih diarahkan oleh suspek melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali. Semasa sedang melakukan tekan tubi, suspek telah memijak bahagian belakang leher sehingga menyebabkan mangsa tersungkur.
"Disebabkan perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung, sebatang gigi hadapan patah, luka bahagian gusi dan luka pada bibir," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jelasnya, akibat kecederaan itu, mangsa berusia 25 tahun telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor.
Mohd Yusri berkata, pihak polis telah memanggil suspek dan kesemua saksi yang terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 12 2023

Mohd Yusri berkata siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis. - Foto BERNAMA

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.

Polis buru suspek rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit
Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari semalam.

Kereta dihempap pokok tumbang, dua cedera ringan
Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon hari ini.

Lelaki cedera di kaki terkena tembakan
Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan narkotik untuk membantu siasatan.

PRN: Petugas media cedera ringan, khemah terbalik
Seorang petugas media cedera ringan setelah khemah menunggu di pusat pengundian Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah di sini, terbalik akibat ribut pada Sabtu.

Seorang terbunuh, 80 cedera letupan di gudang piroteknik
Letupan itu berkemungkinan berpunca daripada "pelanggaran proses teknologi".

43 cedera dalam letupan loji mekanikal di Sergiyev Posad Moscow
Terdahulu, perkhidmatan kecemasan memberitahu Sputnik letupan itu menyebabkan kawasan tersebut dikosongkan.

Selangor FC dedah kecederaan Boakye
Pemain kelahiran Ghana itu mungkin terlepas aksi pertama Piala Malaysia berdepan PDRM di Stadium MBPJ pada Khamis.

Suami isteri cedera akibat letupan gas memasak
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Silva gantung but disebabkan ACL
Pemain tengah berusia 37 tahun itu cedera lutut kirinya ketika berlatih awal bulan ini menjelang musim keempatnya bersama Real Sociedad.

Kejohanan Akuatik Dunia: Kecederaan paksa Dhabitah tarik diri
Susulan kecederaan pada pergelangan tangan, Dhabitah yang yang sepatutnya bergandingan dengan Pandelela terpaksa menarik diri.