awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cederakan pengawal keselamatan, pelawak terkenal bebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
08/04/2019
07:18 MYT
Cederakan pengawal keselamatan, pelawak terkenal bebas dengan jaminan polis
Pelawak itu menyerah diri ke Balai Polis Nilai petang semalam dan pihak polis merakamkan keterangannya sebelum menahannya. -Gambar fail
Seorang pelawak lelaki tempatan yang dikatakan mencederakan seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, Sabtu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.
"Pelawak itu menyerah diri ke Balai Polis Nilai petang semalam dan pihak polis merakamkan keterangannya sebelum menahannya.
"Pagi ini, kita (polis) bawa lelaki itu ke mahkamah untuk memohon perintah reman namun mahkamah memerintahkan untuk dia dibebaskan dengan jamin.
"Bagaimanapun, kita masih meneruskan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pelawak terbabit yang memakai kemeja dibawa dengan trak polis bersama tahanan lain tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini, pada jam 8.30 pagi dan dibawa masuk ke Mahkamah Khas Reman untuk mendapatkan permohonan reman.
Sebelum itu, dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.
Mohd Nor Marzukee berkata dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, pelawak itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
BACA: Pelawak lelaki terkenal belasah pengawal keselamatan
"Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta lelaki terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar tetapi tidak boleh kerana palang ditutup.
"Lelaki itu turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran dan dia menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Nilai
#Mohd Nor Marzukee Besar
#pelawak lelaki tempatan
#pengawal keselamatan
#Seksyen 323
#Taman Acacia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan