MALAYSIA
'Cegah buli bermula dengan empati dan kecerdasan emosi'
Pencegahan buli perlu bermula dengan pembangunan kecerdasan emosi dan pemikiran kritikal dalam kalangan generasi muda. - Gambar hiasan
GEJALA buli kini semakin membimbangkan, bukan sahaja berlaku secara fizikal di sekolah dan universiti, malah turut menular dalam bentuk lebih halus di media sosial. Persoalan utama yang sering timbul ialah: apakah langkah terbaik untuk mencegahnya?
Ringkasan AI
Dalam temu bual eksklusif bersama Awani Pagi, dua tetamu berkongsi pandangan tentang pendekatan pencegahan yang lebih berkesan dan berakar daripada pembangunan insan.
Menurut Dr. Nur Shahidah Paád, Pensyarah Kanan dari Pengajian Akademi Islam Universiti Malaya, pencegahan buli perlu bermula dengan membina pemikiran kritikal dan kecerdasan emosi dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.
“Sebagai rakyat, kita bukan sahaja perlu bijak guna media sosial, tapi kita perlu latih untuk fikir dengan baik, mempunyai kecerdasan emosi juga. Kalau ada kemampuan untuk mengawal emosi, gejala buli akan berkurang,” katanya.
Beliau menekankan bahawa ramai individu cerdik, namun tidak ramai yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi — satu elemen penting dalam mengawal tindakan dan reaksi terhadap situasi sosial.
Sementara itu, dari perspektif Gen Z, mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya, Nur Afifah Abd Halim berkata, pencegahan buli boleh bermula dengan membina budaya hormat dan empati di kampus.
“Kita boleh membina satu rasa hormat satu sama lain. Bermula dari meraikan perbezaan pendapat, latar belakang dan status. Dari situ akan wujud budaya hormat,” jelasnya.
Menurutnya, budaya ini mampu mengurangkan jurang antara pelajar yang berbeza pandangan dan latar sosial, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih inklusif dan selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, yang telah bersidang buat kali pertama pada Jumaat. Jawatankuasa ini bertujuan merangka pelan tindakan komprehensif bagi memastikan sekolah menjadi tempat yang selamat dan kondusif untuk pelajar.
KPM menegaskan komitmen untuk memperkukuh keselamatan pendidikan melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak termasuk NGO, pakar pendidikan, kesihatan dan komuniti ibu bapa.
Ringkasan AI
- Pencegahan buli perlu bermula dengan pembangunan kecerdasan emosi dan pemikiran kritikal dalam kalangan generasi muda, menurut pakar akademik.
- Budaya hormat dan empati di kampus disarankan sebagai pendekatan Gen Z untuk mengurangkan jurang sosial dan mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat.
- KPM menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan bagi merangka pelan tindakan komprehensif melibatkan pelbagai pihak untuk memperkukuh keselamatan pelajar.