MALAYSIA

Cekap Najib Razak ni, sila lantik dia jadi pengerusi persatuan pengguna - Netizen

Firdaus Azil 06/01/2019 | 03:26 MYT
Ada yang berseloroh mengatakan Najib juga boleh dilantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian untuk memastikan pemantauan harga barangan lebih berkesan.
Tindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun sendiri melihat kenaikan harga barang di sebalik kejatuhan harga minyak, adalah sesuatu yang bijak dan perlu dicontohi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai respons kepada catatan Twitter terbaharu Ahli Parlimen Pekan itu yang meninjau harga barangan di Pasar Dato’ Keramat, awal pagi ini.

“Terima kasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur @mykpdnhep untuk siasatan lanjut.

“Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Najib berkata beliau mengambil contoh harga telur yang dikatakan turun dua sen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub bulan lepas.

“Harga telur di Pasar Dato’ Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik! Saya buat tinjauan tadi,” kata bekas Presiden UMNO itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Catatan Saifuddin itu turut menarik perhatian beberapa pengguna Twitter, sehingga ada yang mengeluarkan cadangan agar Najib dilantik menjadi pengerusi kepada mana-mana persatuan pengguna.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan Najib juga boleh dilantik menjadi Pegawai Penguatkuasa Kementerian untuk memastikan pemantauan harga barangan lebih berkesan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#harga minyak #Kuala Lumpur #menteri #Najib Razak #Parlimen #Parti Keadilan Rakyat #Perdana Menteri #rakyat #Saifuddin Nasution #Salahuddin Ayub #UMNO