Celcom akur laksana GST untuk kad prabayar

Astro Awani
Mei 15, 2015 07:16 MYT
SHAZALLI: Pengguna juga tidak perlu bimbang dengan kos penggunaan kerana harga unit telekomunikasi sentiasa turun walaupun berlaku inflasi. -Gambar fail
Tempoh enam bulan yang diberikan kerajaan bagi menyelesaikan isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad prabayar akan membolehkan semua telco mengkaji mekanisme terbaik yang akan digunakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata pihaknya akur dengan keputusan kerajaan itu namun memerlukan masa kerana banyak kaedah yang boleh digunakan.
Dalam pada itu, katanya, pengguna juga tidak perlu bimbang dengan kos penggunaan kerana harga unit telekomunikasi sentiasa turun walaupun berlaku inflasi.
Pada masa sama, telco juga perlu memainkan peranan bagi memacu ekonomi digital sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Pada Rabu, kerajaan mengumumkan caj muka GST ke atas kad prabayar akan dihapuskan selepas enam bulan.
Cukai berkenaan akan dikenakan ke atas pengguna mengikut jumlah penggunaan.
#Celcom Axiata Berhad #cukai barangan dan perkhidmatan #GST #shazalli ramly