SELAYANG: Dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya tanpa lesen ke Sungai Gong, Rawang tiga tahun lalu.
Hakim Osman Affendi Mohd Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai Kin Sang, 65, dan Chai Wern Teik, 34, di akhir kes pendakwaan.
Semasa membaca keputusan penghakimannya, Osman Affendi berkata, mahkamah dapati bahawa tiada keterangan kredibil menunjukkan bahawa kedua-dua tertuduh telah melupuskan atau membuang apa-apa bahan berbahaya ke alur air yang mengalir ke Sungai Gong.
"Mahkamah memutuskan bahawa keterangan menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah dalam mengakibatkan pencemaran sungai itu.
"Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan mereka tanpa perlu dipanggil untuk membela diri," katanya.
Dalam prosiding itu, seramai 21 saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk membuktikan kes berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni manakala pembelaan diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Pada 3 November 2020 lalu, Kin Sang dan anaknya, Wern Teik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan khianat di sungai tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama, dua beranak itu didakwa menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada FG Auto Parts Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen.
Kesalahan didakwa dilakukan di premis berkenaan di Lot 16273 Jalan Sungai Bakau-Batu Arang Rawang dekat sini antara 17 dan 19 Oktober 2020.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada tiga tahun lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas berikutan insiden pencemaran minyak sehingga menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Pihak polis memaklumkan, terdapat lima kes berkaitan pencemaran air telah disiasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023

Kin Sang (tiga, kanan) dan Wern Teik (dua, kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. - Foto Sinar Harian

Atlet snuker, biliard diharap sumbang emas Sukan SEA 2027 - Hannah
Atlet snuker dan biliard khususnya dari P. Pinang diharap dapat menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2027.

PRU2025 Singapura: PAP, pembangkang kemukakan hujah dalam siaran politik parti pertama
Wong berkata, keutamaannya adalah menyatukan rakyat Singapura, melindungi mata pencarian dan menjamin masa depan mereka.

Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga Malaysia jadi contoh ikutan - Duta Jepun
Projek usaha sama kemampanan dan peralihan tenaga baharu di Malaysia akan menjadi contoh ikutan bagi seluruh Asia dan negara-negara lain, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.

Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang.

PEGT tingkat bekalan gas ke Puchong susulan insiden saluran paip di Putra Heights
Langkah itu merupakan sebahagian daripada penyelarasan berterusan bagi meningkatkan kapasiti bekalan keseluruhan rangkaian pengedaran gas.

Pendekatan 'whole-of-government' tangani isu literasi seksual - Dzulkefly
Isu berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan literasi seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan muda memerlukan pendekatan menyeluruh.

AS, Korea Selatan sepakati usaha ke arah perdagangan seimbang - USTR
Mesyuarat antara wakil USTR Jamieson Greer dan Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan Ahn Duk Geun disifatkan "berhasil".

Kerajaan salur RM30 juta modenkan sektor pertanian negara
Peruntukan yang diterima dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu adalah usaha berterusan kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian negara.

Draf PTKL 2024 kini diperingkat akhir - Dr Zaliha
Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 yang akan digunakan bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur kini di peringkat akhir penelitian.

Pembinaan skala besar LRT Laluan Mutiara bermula suku keempat 2026 - MRT Corp
Kerja-kerja pembinaan berskala besar untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka bermula pada suku keempat 2026.

Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Cemar Sungai Gong: Dua beranak dilepas, dibebaskan
Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai Kin Sang, 65, dan Chai Wern Teik, 34, di akhir kes.

Puluhan kilang di sepanjang Sungai Gong, Sungai Selangor. Apa kesudahannya?
Kejadian pencemaran sungai seolah-olah tiada noktah, ditambah pula situasi hari ini apabila berlaku pembangunan pesat di kawasan hulu sungai.

Pencemaran Sungai Selangor: Dua pengarah syarikat mengaku tidak bersalah
Pertuduhan terhadap kedua-duanya dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air terputus.

Pencemaran Sungai Gong: Dua pengarah syarikat didakwa Selasa
Beliau berkata enam pekerja syarikat terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing berumur 25 hingga 66 tahun, akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Selangor sedia peruntukan RM200 juta atasi pencemaran sungai - MB
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi membendung masalah pencemaran air di negeri itu.

Banyak kilang selenggara jentera berat di Sungai Gong tingkatkan risiko pencemaran air
Kilang-kilang di kawasan itu menggunakan operasi yang sama.

Punca sebenar pencemaran belum diketahui - Air Selangor
Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Gong.

Asyik kena gangguan, mungkin Air Selangor perlu 'berubat'? - Netizen berang masalah air berulang
Pastinya, selagi gangguan bekalan air ini tidak selesai, warganet akan terus bercakap mengenainya kerana "mereka sudah terlalu penat".

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 3 Oktober 2020.