Melalui tiga rakaman video visual kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kediaman, kelihatan seorang lelaki bergegas lari masuk ke dalam rumah sebaik dikejar oleh beberapa lelaki yang memaki topi keledar dengan bersenjatakan parang.
Menurut seorang remaja lelaki kenali sebagai Hazran Adli yang dipercayai anak kepada mangsa, dia melalui laman Twitter miliknya memberitahu, ayahnya hampir disamun semasa keluar dari rumah.
Kata Hazran, bapanya keluar rumah untuk memarkir semula kenderaannya yang berada di pekarangan tempat letak kereta.Guys please stay safe my dad almost kene samun masa nak keluar rumah nasib baik sempat masuk dalam and ktrong tahan pintu.
— Hazran Adli (@aranomilano) February 21, 2019
Pada masa sama, suspek dilihat melalui kawasan rumahnya dan pada masa sama, pintu pagar rumah berada dalam keadaan terbuka.
Hazran dilihat menerima banyak komen berhubung kejadian yang menimpa keluarganya dan rata-rata melahirkan rasa geram dan marah dengan apa yang berlaku.
Dalam salah satu posting di Twitter, Hazran memberitahu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis sudah mengenalpasti semua suspek yang terlibat dan kumpulan itu dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.
“Kumpulan lelaki bermotosikal itu terdiri daripada enam hingga tujuh orang menggunakan empat buah motosikal.
“Bagaimanapun, suspek gagal memecah masuk ke rumah mangsa dengan menggunakan parang panjang, tetapi sempat memecahkan kereta mangsa yang diletakkan di luar kawasan rumah,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Ismadi, pihak polis giat mengenal pasti pergerakan suspek.
Tambahnya, kumpulan tersebut juga didakwa adalah suspek sama dalam kejadian cubaan samun di sekitar Klang, Puchong dan Kajang sebelum ini.