awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemas, stesen minyak nyaris meletup kerana 'Kancil' terbakar

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
14/03/2022
05:12 MYT
Cemas, stesen minyak nyaris meletup kerana 'Kancil' terbakar
Tular di media sosial video kebakaran berkenaan yang menyaksikan api menyambar salah satu pam di stesen minyak berkenaan. - Foto ihsan pembaca
RANTAU PANJANG: Ketangkasan pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak dari meletup dalam satu kejadian kebakaran di jalan Rantau Panjang pagi tadi.
Kejadian dipercayai berpunca dari sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di salah satu pam minyak stesen berkenaan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.36 pagi tadi.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum api merebak ke sebuah pam petrol berhampiran.
"Kebakaran berjaya dikawal beberapa minit kemudian dan mengaktifkan sistem keselamatan di stesen minyak berkenaan.
"Ketangkasan pihak kami mengaktifkan sistem keselamatan pam minyak itu menyebabkan api berjaya dikawal dan dipadamkan kurang dari 10 minit," katanya ketika dihubungi.
Menurut Imran lagi, pihaknya bersama lima anggota dan sebuah jentera terbabit dalam operasi pemadaman itu.
Kereta berkenaan dinaiki dua individu namun kedua-duanya dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian.
Kereta berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 50 peratus manakala sebuah pam minyak dengan empat nozzle hangus dan musnah seratus peratus.
Beliau menjelaskan, empat pam yang berada di stesen minyak berkenaan tidak terbabit, hanya satu pam yang mengalami kemusnahan.
Punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba.
Sebelum itu tular di media sosial video kebakaran berkenaan yang menyaksikan api menyambar salah satu pam di stesen minyak berkenaan.
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#pam minyak
#stesen minyak
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan