Seramai 29 penumpang dan pemandu sebuah bas ekspress berhadapan dengan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer (km) 58 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata kejadian yang berlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub musnah sepenuhnya.
"Bagaimanapun semua penumpang bas dapat menyelamatkan diri. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Raub dengan menaiki bas ganti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zainal Abidin menambah sebuah jentera bomba dengan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 39 km daripada balai bomba Bentong.
Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 2.25 petang setelah mereka memastikan laluan itu selamat kepada semua pengguna lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 26 2018
kejadian yang berlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub musnah sepenuhnya. - Foto Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang lalui detik cemas
Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama.
Bas Rapid Penang terbakar
Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.
Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.
Bas bawa lapan penumpang musnah terbakar
Lapan penumpang cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar di Jalan Tandang di sini pada Ahad.
Bas terbakar di Pakistan, 20 maut, 15 cedera
Sebahagian daripada mangsa yang cedera melecur teruk manakala tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.
25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di barat India, Maharashtra, pada Sabtu.
Bas musnah terbakar di lebuh raya
Anggota bomba menggunakan satu aliran air bantu mula dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.
Bas terbakar di Pakistan, 18 orang maut termasuk 8 kanak-kanak
Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat sistem pendingin hawa kenderaan terbabit mengalami kerosakan.