awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara

Bernama
Bernama
20/12/2023
07:26 MYT
Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi semalam, wanita berusia 42 tahun itu maut selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh suspek yang kemudiannya bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang. - Sumber imej CCTV
GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Raja Uda, Butterworth semalam dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dalam sidang media hari ini berkata siasatan lanjut berhubung motif serangan itu masih dijalankan dan lelaki berusia 29 tahun itu kini direman tujuh hari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata lelaki yang merupakan operator kilang itu ditahan sehingga 26 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata mangsa yang juga ibu saudara kepada suspek merupakan peniaga pakaian.
"Polis akan merekodkan keterangan suspek dan beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya.
Imej CCTV
Tetak wanita, Jambatan Pulau Pinang
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi semalam, wanita berusia 42 tahun itu maut selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh suspek yang kemudiannya bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh nelayan dan pemancing sebelum diserahkan kepada polis dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Sementara itu, Mohamed Usuf Jan berkata polis telah mengenal pasti beberapa suspek terlibat dalam kejadian penjual nasi maut ditikam di tempat meletak kereta sebuah apartment di Jalan Perak di sini, 5 Dis lepas.
Beliau berkata pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat berdasarkan beberapa perkembangan baharu.
"Saya tak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung siasatan kes itu kerana siasatan lanjut sedang dijalankan, kita bimbang ia akan mengganggu (siasatan)," katanya.
Beliau berkata tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan pisau oleh seorang lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut ditetak
#tetak ibu saudara
#polis pulau pinang
#Mohamed Usuf Jan Mohamad
#lelaki direman
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan