GADGETS

CEO Apple Tim Cook akui kepenatan, mahu kurangkan tugas

Amanz 09/01/2026 | 05:45 MYT
Berusia 65 tahun, beliau telah menjadi CEO selama 14 tahun, lebih lama berbanding pengasas bersama, Steve Jobs. -Foto Amanz
ERA Tim Cook sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple dijangka berakhir tahun ini, menurut spekulasi sejak penghujung 2025.


Ringkasan AI
  • Spekulasi mengenai berakhirnya era Tim Cook sebagai CEO Apple menimbulkan kebimbangan, dengan laporan beliau merasakan letih dan ingin mengurangkan beban kerja.
  • John Ternus, Senior Vice President Kejuruteraan Perkakasan, dilihat sebagai calon utama menggantikan Cook, membawa kesinambungan berbanding perubahan dramatik.
  • Walaupun tiada keputusan muktamad dibuat, tempoh transisi dijangka berlanjutan dengan kemungkinan Cook terus memegang jawatan CEO Apple dalam tempoh yang lebih panjang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Berusia 65 tahun, beliau telah menjadi CEO selama 14 tahun — lebih lama berbanding pengasas bersama, Steve Jobs.

Menurut laporan The New York Times, Cook memberitahu lembaga pengarah bahawa beliau sudah letih dan ingin mengurangkan beban kerja.

Jika beliau meletakkan jawatan sebagai CEO, Cook dijangka beralih kepada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.

John Ternus, Senior Vice President Kejuruteraan Perkakasan, diiktiraf sebagai calon utama untuk menggantikan Cook.

Ternus dianggap sebagai calon yang membawa kesinambungan berbanding perubahan dramatik.

Bagaimanapun, laporan lain seperti dari AppleInsider dan Bloomberg menegaskan bahawa tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini.

Tempoh transisi dijangka berlanjutan, dan Cook mungkin terus memegang jawatan CEO lebih lama.

Di bawah pengurusan Cook, Apple memperkenalkan pelbagai produk berjaya termasuk Apple Watch, Apple TV+, AirPods, Apple Music dan Apple Pay.

Bagaimanapun, terdapat penangguhan atau pembatalan dalam projek seperti Vision Pro, Apple Intelligence dan Apple Car.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah spekulasi terkini mengenai pengakhiran era Tim Cook sebagai CEO Apple?
    A: Tim Cook dijangka akan melepaskan jawatan CEO Apple pada penghujung tahun ini, menurut spekulasi yang berlegar sejak akhir 2025.
  • Q: Siapakah individu yang diiktiraf sebagai calon utama untuk menggantikan Tim Cook sebagai CEO Apple?
    A: John Ternus, Senior Vice President Kejuruteraan Perkakasan, dianggap sebagai calon utama yang mungkin menggantikan Tim Cook sebagai CEO Apple.
  • Q: Apakah tindakan yang dijangka diambil oleh Tim Cook jika beliau melepaskan jawatan sebagai CEO Apple?
    A: Jika melepaskan jawatan CEO, Tim Cook dijangka akan beralih kepada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Apple.
  • Q: Apa kesan kepada produk dan projek Apple jika Tim Cook melepaskan jawatan sebagai CEO?
    A: Terdapat penangguhan atau pembatalan dalam beberapa projek di bawah pengurusan Cook seperti Vision Pro, Apple Intelligence, dan Apple Car.
  • Q: Apakah produk berjaya yang diperkenalkan oleh Apple semasa era Tim Cook sebagai CEO?
    A: Diantara produk berjaya yang diperkenalkan oleh Apple semasa era Tim Cook termasuk Apple Watch, Apple TV, AirPods, Apple Music, dan Apple Pay.



#tim cook #CEO Apple #mengaku keletihan #John Ternus