Skip to main content

Malaysia

CEO Astro rakam penghargaan kepada Ashwad

Sumber: Astro AWANI
Euan menyifatkan sumbangan Ashwad sebagai signifikan dalam membentuk hala tuju editorial dan standard liputan berita.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, merakamkan penghargaan terhadap Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, susulan pengumuman pengunduran beliau daripada Astro AWANI.

Dalam kenyataannya hari ini, Euan memaklumkan Ashwad akan meninggalkan kumpulan selepas lebih 18 tahun bersama Astro, sepanjang tempoh yang disifatkannya sebagai penuh kepimpinan bernilai dan komitmen tinggi terhadap kewartawanan berkualiti.

Advertisement

Menurut beliau, di bawah kepimpinan Ashwad serta sokongan pasukan Astro AWANI, saluran Astro AWANI berjaya memperkukuh kedudukannya sebagai jenama berita paling dipercayai rakyat Malaysia, selain memulakan langkah memperluas jejak serantau.

Euan turut menegaskan struktur kepimpinan baharu bilik berita Astro AWANI akan dimaklumkan kepada warga kerja dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan sumbangan Ashwad sebagai signifikan dalam membentuk hala tuju editorial dan standard liputan berita, serta mengajak seluruh warga Astro merakamkan penghargaan atas dedikasi beliau sepanjang berkhidmat.

 

 

 

 

Must Watch Video