awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Cradle Fund maut dalam kebakaran

Najib Aroff
Najib Aroff
14/06/2018
09:55 MYT
CEO Cradle Fund maut dalam kebakaran
Keadaan rumah Nazrin selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Gambar kecil: Nazrin Hassan
Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Selangor tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
“Polis yang menerima panggilan jam 12.55 bergegas ke lokasi kejadian di mana tiga jentera bomba sedang memadamkan kebakaran,” kata Mohd Zani.
Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.
Sementara itu, menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.
“Mangsa berada di dalam bilik berkenaan yang dikunci dari dalam sebelum ia dipecahkan oleh pengawal keselamatan kawasan perumahan,” kata Ramli.
Isteri dan empat anak mangsa yang berada di tingkat bawah bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Menurut saksi, kebakaran disedari jiran yang terlihat asap keluar dari tingkap hadapan rumah.
Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#cradle fund
#kebakaran
#maut
#Mohd Zani Che Din
#Nazrin Hassan
#Ramli Harun
#sesak nafas
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan