awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO didenda RM4,500 kerana palsukan ijazah universiti

Bernama
Bernama
19/08/2016
10:03 MYT
CEO didenda RM4,500 kerana palsukan ijazah universiti
Tertuduh menggunakan dokumen palsu daripada Universiti Sunderland untuk mendapatkan jawatan sebagai CEO di Damansara Realty Berhad. - Gambar hiasan
Ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelaburan didenda RM4,500 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan memalsukan ijazahnya bagi jawatan tinggi itu, tiga tahun lepas.
Syed Omar Syed Mohamed, 47, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Husna Dzulkifly.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia dituduh menggunakan dokumen palsu daripada Universiti Sunderland untuk mendapatkan jawatan sebagai CEO di Damansara Realty Berhad, Tingkat 10, Wisma Chase Perdana, Brickfields, di sini pada Jun 2013.
Menurut fakta kes, semasa audit dilakukan ke atas syarikat itu, juruaudit Zulfahmy Ibrahim, 43, mendapati tertuduh menggunakan dokumen palsu daripada universiti itu dan pemerikasaan mengenai latar belakangnya dengan pihak universiti itu mengesahkan Syed Omar tidak pernah mendaftar masuk ke universiti itu.
Terdahulu, dalam rayuannya, Syed Omar yang diwakili peguam Muhammad Afif Che Had, meminta mahkamah mengenakan hukuman denda pada jumlah yang kecil kerana pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Katanya tertuduh juga perlu menanggung keluarga dan tiga anak.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Syed Omar.
Topic Berkaitan
#CEO didenda
#ijazah universiti palsu
#kes mahkamah
#Syed Omar Syed Mohamed
#Universiti Sunderland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan