MALAYSIA

CEO GISB Holdings, 12 pemimpin syarikat dibebaskan hari ini

Astro Awani 07/11/2025 | 05:00 MYT
Nasiruddin bersama 12 pemimpin tertinggi syarikat dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 13 bulan dan 20 hari. -Gambar fail/Bernama
KAJANG: Selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh selama 13 bulan dan 20 hari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali serta 12 pemimpin tertinggi syarikat itu akan dibebaskan selepas solat Jumaat hari ini.


Ringkasan AI
  • Nasiruddin Mohd Ali dan 12 pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd akan dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara 13 bulan 20 hari di Penjara Sungai Buloh.
  • Meskipun dihukum penjara selama 15 bulan, mereka dibebaskan segera selepas solat Jumaat berdasarkan pengiraan tempoh cuti umum dan hujung minggu.
  • Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki dihukum kerana kesalahan sebagai ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang lima tahun lalu; manakala isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita didenda RM4,500 setiap seorang atas pertuduhan yang sama.


Peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh berkata, meskipun Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan, namun jika ditolak dengan tempoh cuti umum dan hujung minggu, ia membolehkan mereka dibebaskan serta-merta bermula Jumaat.

“Mereka tidak perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh, sebaliknya semua urusan akan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Penjara Kajang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Turut hadir ialah peguam Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin.

Pada Jumaat, Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki dihukum penjara 15 bulan kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang, lima tahun lalu.

Sementara isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita yang lain, didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan sama.

Tertuduh wanita diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa lama Nasiruddin Mohd Ali dan 12 pemimpin tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd menjalani hukuman penjara?
    A: Mereka menjalani hukuman penjara selama 13 bulan dan 20 hari.
  • Q: Apakah sebab dibebaskan selepas solat Jumaat?
    A: Mereka dibebaskan selepas solat Jumaat kerana hukuman penjara ditolak dengan tempoh cuti umum dan hujung minggu.
  • Q: Siapakah yang mewakili tertuduh dalam kes ini?
    A: Tertuduh dalam kes ini diwakili oleh peguam Datuk Rosli Kamaruddin, Kamal Hisham Jaafar, dan Muhammad Nor Tamrin.
  • Q: Berapakah hukuman yang diterima oleh Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki?
    A: Nasiruddin dan 12 tertuduh lelaki dihukum penjara selama 15 bulan kerana menjadi ahli kumpulan menyalahi undang-undang.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap isteri Nasiruddin dan lapan tertuduh wanita lain?
    A: Mereka didenda masing-masing RM4,500 atas pertuduhan yang sama dan diperintah ke penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.



#Global Ikhwan Services and Business #Mahkamah Tinggi #Nasiruddin Mohd Ali #Kamal Hisham Jaafar