awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

CEO syarikat konsesi lebuh raya antara lapan ditahan SPRM, babit rasuah lebih RM1.6 bilion

Bernama
Bernama
25/06/2024
15:02 MYT
CEO syarikat konsesi lebuh raya antara lapan ditahan SPRM, babit rasuah lebih RM1.6 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat konsesi lebuh raya bergelar Datuk, disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion. - Foto ihsan SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat konsesi lebuh raya bergelar Datuk, disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.
Sumber berkata kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an itu, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
"Tiga daripada suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya, disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1 bilion daripada lima pemilik syarikat, sebagai balasan mendapatkan kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan sebuah syarikat lain.
"Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek ialah RM 11 bilion," katanya.
Menurut sumber, ketua pegawai eksekutif itu bersama dua pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun, manakala lima pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini mengikut permohonan SPRM.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO syarikat konsesi lebuh raya
#SPRM
#Rasuah
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami