awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cerai Diana Danielle: 'Terima kasih semua yang mendoakan' - Farid Kamil

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2023
11:15 MYT
Cerai Diana Danielle: 'Terima kasih semua yang mendoakan' - Farid Kamil
Menerusi posting di Instagram, Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya. - Gambar/ Gempak
UMUM mengetahui pelakon Farid Kamil menceraikan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Diana Danielle dengan talak satu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
Bagaimanapun, aktor berusia 42 tahun itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana kurang sihat akibat pasca-COVID-19.
Terbaharu, menerusi posting di Instagram, Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat.
“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapan tetap pada yang punya kuasa,” tulisnya ringkas beserta video dia menyertai kumpulan tabligh.
Pada ruangan komen, adik Farid, Fadzil Zahari turut menitipkan kata-kata semangat buat abangnya itu.
Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.
Diana membuat permohonan cerai di dalam talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut biarpun mereka tidak lagi tinggal serumah.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Diana Danielle
#cerai
#terima kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan