Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, malah lebih kepada keperluan, oleh pemilik kenderaan.
Justeru, wujud pandangan dan saranan di kalangan pengguna kenderaan agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menaikkan had maksimum kegelapan cermin kepada 80 peratus berbanding 70 peratus ketika ini.
JPJ menetapkan kenderaan bercermin gelap adalah salah di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Kadar peratusan yang dibenarkan masih kekal buat masa ini iaitu 70 peratus untuk cermin belakang, 50 peratus bagi 4 cermin sisi dan 30 peratus bagi cermin hadapan.
Dalam tinjauan di sebuah kedai aksesori kereta di Ampang, Selangor, pemilik kenderaan mempunyai alasan berbeza berhubung pemasangan filem penghadang haba.
Menurut Saifulddin Osman, pemasangan cermin gelap atau tinted adalah bertujuan mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta selain bertujuan melindungi barangan peribadi.
"Kalau hendak ikutkan spesifikasi, memang tidak ikut spesifikasi sebenar, sebab dia gelap. Kalau kita pasang yang diiktiraf oleh JPJ, masih boleh nampak barang di dalam.
"Dan kalau pakai yang diluluskan JPJ, kalau orang pecah cermin kereta kita, cermin akan pecah terus.
"Tapi kalau kita pasang yang gelap dan tebal, kalau cermin dipecahkan, ia tidak akan retak terus," ujarnya.
Bagi pengguna kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV), Nizam Mohd Tahir, keadaan but SUV yang boleh dilihat dari luar membimbangkan pemiliknya.
"Sebab panas, dan satu lagi, sebab but belakang kereta SUV tiada penutup. Itu sebabnya saya memasang penghadang haba tinted sehingga 80 peratus," ujarnya.
Bagaimanapun ramai juga yang memilih untuk mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ bagi mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut Uliah Harun, beliau terpaksa menambah aksesori lain bagi menampung sinaran matahari walaupun telah memasang penghadang haba yang diluluskan JPJ.
"Sebab, pukul 11 dan 12 tengahari, silau sangat. Saya tak tahan panas, sebab itu saya pasang (aksesori). Tetapi, saya takut gelap sangat, nanti kena saman.
"Jadi, saya tampallah dengan aksesori tambahan seperti sunshade dan yang lain. Tetapi, masa gelap, saya buka semula, saya tidak mahu lebih-lebih, tetapi panas itu tetap terasa walaupun pasang tinted," terangnya.
Sementara itu, permintaan terhadap pemasangan filem penghadang haba dan skrin gelap menyebabkan kedai aksesori kereta tumbuh bagaikan cendawan di bandar-bandar utama seluruh negara.
Pemilik kedai aksesori kenderaan di Ampang, Alex Yap berkata, susulan fenomena El Nino yang melanda negara, selain suhu sedia ada pada 35 hingga 37 darjah Celcius, mendorong ramai pemilik kenderaan kini memilih memasang penghadang haba dengan peratusan lebih tinggi berbanding yang ditetapkan JPJ.
"Sekarang perniagaan tinted bagus, sebab Malaysia sekarang cuaca panas. Jadi, ramai orang pasang tinted dan semua mahu gelap, sebab tidak mahu kena panas.
"Semua pelanggan akan kami nasihatkan mengenai undang-undang JPJ, iaitu belakang dibenarkan sebanyak 70 peratus, tepi 50 peratus dan hadapan 30 peratus, dan kalau pelanggan mahu pasang gelap kita akan beritahu mereka perlu tanggung risiko sendiri jika dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Tambah Yap, berdasarkan kepakarannya selama hampir 10 tahun dalam penjualan aksesori, beliau mengakui sekiranya pemasangan hanya dibuat dengan penghadang haba 50 peratus, sinaran dan haba panas masih boleh membahayakan sesetengah pesakit kulit.
"Kalau 50 peratus, serupa macam tidak pakai tinted. Lagi satu sebab, Malaysia memang panas, kalau kereta tiada tinted, pakai kereta apa pun, tetap akan kena panas walaupun sistem penghawa dingin dinaikkan kelajuan kipasnya," katanya.
Rata-rata pengguna yang ditemui berpendapat, timbul keperluan untuk menaikkan peratusan maksimum tahap kegelapan cermin, serta ia diseragamkan bagi keseluruhan kenderaan.
Langkah ini dianggap mampu menangani masalah yang sering didepani pengguna.
Bulan lalu, dalam satu temubual bersama Pengarah Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo, beliau menegaskan buat masa ini kerajaan masih belum membuat sebarang penetapan baharu berhubung perkara berkenaan.
Apa pula pendapat anda? Sertai undian di bawah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Jul 09 2016
Pemilik kenderaan mempunyai alasan berbeza berhubung pemasangan filem penghadang haba.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Hampir 93 peratus pilih tingkatkan kadar kegelapan cermin kereta - undian
Netizen bersetuju dengan cadangan menaikkan had maksimum kegelapan cermin untuk mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari.
Cermin gelap kereta bukan aksesori, tetapi keperluan - pengguna
Justeru, wujud pandangan dan saranan di kalangan pengguna kenderaan agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menaikkan had maksimum kegelapan cermin kepada 80 peratus berbanding 70 peratus kini.