awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh, lintas landasan LRT: Lelaki Nepal didenda RM1,800

Bernama
Bernama
10/06/2025
11:00 MYT
Ceroboh, lintas landasan LRT: Lelaki Nepal didenda RM1,800
Seorang lelaki warga Nepal didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku menceroboh dan melintas landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, minggu lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nepal didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku menceroboh dan melintas landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini, minggu lepas.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan turut memerintahkan Suman Singh, 27, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh, yang membayar denda itu, didakwa melakukan perbuatan tersebut di landasan Stesen LRT Pudu di sini pada 6.20 petang 1 Jun lepas mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Suman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda yang rendah atas alasan dia hanya bekerja sebagai pencuci berpendapatan RM1,500 sebulan dan perlu menyara isteri, seorang anak yang masih bayi serta ibu bapa yang berada di Nepal.
Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa pula memohon hukuman setimpal demi kepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Nepal
#didenda
#ceroboh landasan LRT
#lrt pudu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan