Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
MALAYSIA

Cerun runtuh: Jalan Tun Sardon ditutup sehingga 31 Oktober

Bernama 26/10/2025 | 11:30 MYT
Jalan yang menghubungkan Paya Terubong ke Balik Pulau itu ditutup susulan runtuhan cerun dipercayai akibat hujan lebat berterusan bermula awal pagi Khamis. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Penutupan Jalan Negeri P14 iaitu Jalan Tun Sardon (Bukit Baru) dekat sini akibat runtuhan cerun sejak Khamis lepas, dilanjutkan sehingga 31 Okt.


Ringkasan AI
  • Penutupan Jalan Negeri P14 (Jalan Tun Sardon) akibat runtuhan cerun sejak Khamis lalu dilanjutkan sehingga 31 Oktober, dengan laluan masih ditutup kepada orang awam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memaklumkan tiada kejadian tanah runtuh baharu direkodkan, dan kerja pembersihan oleh kontraktor JKR sedang dijalankan di lokasi selamat.
  • Jalan yang menghubungkan Paya Terubong ke Balik Pulau itu ditutup susulan runtuhan cerun dipercayai akibat hujan lebat berterusan bermula awal pagi Khamis.


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata buat masa ini, tiada tanah runtuh atau bencana baharu direkodkan di jalan itu hari ini.

"Pasukan kontraktor Jabatan Kerja Raya telah memulakan kerja pembersihan di lokasi selamat dilalui buat masa ini.

"Laluan masih ditutup kepada orang awam dan dilanjutkan sehingga 6 petang 31 Okt," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan Tun Sardon yang menghubungkan Paya Terubong ke Balik Pulau ditutup sejak 6 petang Khamis lepas ekoran runtuhan cerun dipercayai berlaku kesan hujan lebat berterusan yang bermula awal pagi hari sama.

-- BERNAMA


#tanah runtuh #pulau pinang #jalan tutup #Jalan Tun Sardon