awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
Penguatkuasaan kebajikan haiwan berterusan, DVS selesai lebih 16,000 aduan
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEUPACS mohon bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam, pesara

Bernama
Bernama
22/04/2021
07:16 MYT
CEUPACS mohon bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam, pesara
Menurut Adnan, bantuan yang diminta sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam di samping meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Presidennya, Adnan Mat berkata, bantuan berkenaan yang lazimnya diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam di samping meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.
"Pemberian ini juga wajar diberikan memandangkan kali terakhir penjawat awam menerima bonus ialah pada 2012 dan selepas tahun tersebut penjawat awam hanya menerima bantuan khas kewangan sahaja," katanya.
Adnan berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar dipertimbangkan perkara itu.
Beliau turut berharap kerajaan negeri memberikan bantuan serupa kepada penjawat awam yang bertugas di peringkat negeri, pihak berkuasa tempatan serta semua badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya turut meminta semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan sekiranya kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.
Ini memandangkan kerajaan merupakan majikan kepada penjawat awam dan tidak menjadi kesalahan untuk mereka meminta sesuatu bantuan daripada majikan sendiri, tegasnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan khas
#Aidilfitri
#CEUPACS
#penjawat awam
#pesara kerajaan
#bonus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan