Adik mendiang Anthony Kevin Morais wajar membuat laporan polis supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memulakan siasatan segera berhubung dakwaannya, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Polis tidak boleh bertindak atas tuduhan. Buat laporan polis dahulu dan biar siasatan dijalankan," kata Jazlan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut menasihatkan Charles Suresh Morais untuk tidak melakukan tuduhan selagi siasatan belum dibuat.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tuduhan Charles sebagai melampau.
"Apa yang dituduh Charles (Suresh) melibatkan perdana menteri iaitu ketua kerajaan negara.
"Saya berasa hairan, setiap kali ada acara besar yang melibatkan perdana menteri, mesti ada isu yang besar," kata Rahman.
Menurutnya, tidak adil untuk buat tuduhan sedemikian memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengesahkan kertas pertuduhan adalah palsu.
Ditanya pendapat beliau mengenai situasi semasa tuduhan ini dibangkitkan, Rahman mengakui ia mencurigakan.
"Saya rasa ia mengambil peluang daripada situasi semasa," kata Rahman, merujuk kepada persoalan tersebut.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM akan memanggil Charles Suresh berhubung satu laporan bahawa beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya.
Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal berita tempatan hari ini bahawa maklumat tertentu disimpan di dalam pemacu USB dan kini berada di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu tidak diingini berlaku.
Mayat Anthony Kevin, 55, dijumpai di dalam sebuah tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 Sept setelah mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas.
Mendiang kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Hafiz Marzukhi
Thu Nov 26 2015
NUR JAZLAN: Buat laporan polis dahulu dan biar siasatan dijalankan. -Gambar fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).