[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
GADGETS

ChatGPT hadir dengan galeri untuk gambar pernah dijana

Amanz 16/04/2025 | 06:00 MYT
OpenAI telah mengaktifkan ciri galeri khusus untuk semua gambar yang pernah dijana, boleh diakses menerusi tab Library di aplikasi. -Amanz
ChatGPT kini mempunyai lebih 800 juta pengguna bulanan dan antara sebabnya ialah populariti ciri menjadi gambar seakan studio Ghibli beberapa minggu lalu.

Ringkasan AI
  • ChatGPT kini mempunyai lebih 800 juta pengguna bulanan, sebahagiannya kerana populariti ciri gambar seakan studio Ghibli.
  • OpenAI telah mengaktifkan ciri galeri khusus untuk semua gambar yang pernah dijana, boleh diakses menerusi tab Library di aplikasi.
  • Ciri galeri imej diaktifkan secara berperingkat dan mungkin belum terlihat pada versi web, iOS, dan Android.

Sebagai pengguna ChatGPT, anda pasti pernah mengalami situasi terlupa menyimpan gambar yang dijana dan akibatnya ia hilang selama-lamanya.
Tetapi bermula hari ini, OpenAI mengatakan ciri galeri khusus untuk semua gambar yang pernah dijana telah diaktifkan untuk semua pengguna tidak kira sama ada pelanggan Pro, Plus, ataupun percuma.
Galeri imej boleh diakses menerusi tab Library di sisi kiri aplikasi. Ia turut akan mempamerkan jumlah gambar yang terkandung dalam galeri pengguna.
OpenAI mengatakan ciri ini telah diberikan hari ini tetapi kami masih belum mampu melihatnya pada versi web, iOS dan Android.
Besar kemungkinan galeri imej diaktifkan secara berperingkat. -Amanz
#ChatGPT #OpenAI #Ghibli #galeri khusus