GADGETS

ChatGPT kini boleh bacakan hasil kandungan dijana, termasuk dalam bahasa Malaysia

Amanz 05/03/2024 | 06:45 MYT
Untuk menggunakannya, selepas sesuatu teks atau kandungan dijana ChatGPT, anda hanya perlu tap pada mesej berkenaan seketika, dan seterusnya memilih menu “Read Aloud”. -Amanz
CHATGPT kini mengumumkan pengenalan ciri dinamakan “Read Aloud”, yang mana membolehkan ChatGPT membacakan kepada anda hasil kandungan yang dijana melalui platform berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ciri ini diperkenalkan pada aplikasi mudah alih Android dan iOS, selain turut sedang diperkenalkan secara berperingkat pada versi web.
Untuk menggunakannya, selepas sesuatu teks atau kandungan dijana ChatGPT, anda hanya perlu tap pada mesej berkenaan seketika, dan seterusnya memilih menu “Read Aloud”.
Sebuah pemain akan dibuka dan membacakan kepada anda hasil yang dijana.
Daripada percubaan kami, ciri ini turut menyokong sokongan membaca teks dalam bahasa Malaysia, tanpa sebarang masalah. -Amanz
#ChatGPT #Read Aloud #baca hasil kandungan #Bahasa Malaysia