GADGETS
ChatGPT kini papar saranan untuk pembelian produk

ChatGPT kini memaparkan saranan produk yang boleh dibeli berdasarkan parameter carian. -Amanz
OPENAI melaporkan lebih 1 bilion carian dilakukan menerusi ChatGPT minggu lalu yang menunjukkan ia kini bersaing secara terus dengan Google Search sebagai enjin carian.
Ringkasan AI
- ChatGPT mencatat lebih 1 bilion carian minggu lalu, menunjukkan persaingan dengan Google Search.
- ChatGPT kini memaparkan saranan produk yang boleh dibeli berdasarkan parameter carian.
- OpenAI menyarankan pemilik laman memberikan akses kepada bot untuk melakukan carian dan memaparkan saranan produk.
Untuk membolehkan produk dipaparkan dalam ChatGPT, OpenAI kini menyarankan pemilik laman untuk memberikan akses kepada bot untuk melakukan carian.
Selain memaparkan saranan produk, pengguna ChatGPT juga boleh meminta chatbot mempamerkan perbezaan antara produk, memberikan spesifikasi produk, rumusan untuk ulasan produk dan pelbagai maklumat yang dirasakan penting bagi melakukan pemilihan pembelian.
Menurut OpenAI pada waktu ini saranan produk adalah organik dan bergantung kepada maklumat paling tepat.
Mereka masih belum menawarkan ciri membenarkan pengiklanan terus daripada pengeluar seperti yang dilakukan oleh Google Search. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami