[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

ChatGPT tambah sokongan janaan imej melalui WhatsApp

Amanz 18/06/2025 | 04:00 MYT
Kemas kini terbaharu memperkenalkan ciri janaan imej, membolehkan pengguna meminta ChatGPT menjana gambar terus dalam aplikasi WhatsApp. -Amanz
ChatGPT sebelum ini telah memperkenalkan sokongan bertanyakan sesuatu perkara terus melalui WhatsApp, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan atau bertanyakan sesuatu perkara melalui aplikasi permesejan popular berkenaan.

Ringkasan AI
  • ChatGPT kini menyokong interaksi terus melalui WhatsApp, membolehkan pengguna bertanya soalan atau mendapatkan maklumat dengan mudah.
  • Kemas kini terbaharu memperkenalkan ciri janaan imej, membolehkan pengguna meminta ChatGPT menjana gambar terus dalam aplikasi WhatsApp.
  • Pengguna boleh menambah ChatGPT di WhatsApp dengan menyimpan nombor telefon 1-800-242-8478 dan mula berinteraksi seperti biasa.

Kini, melalui kemas kini terbaru ChatGPT untuk WhatsApp, ciri janaan imej turut diperkenalkan. Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh meminta ChatGPT jana gambar terus melalui WhatsApp.
Seperti biasa, selepas meminta ChatGPT menjana gambar, ia akan mengambil masa seketika, dan seterusnya menghantar gambar kepada pengguna.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh menambah ChatGPT, dengan menambah nombor telefon 1-800-242-8478. -Amanz
#ChatGPT #WhatsApp #janaan imej