awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Chef Wan diarah bayar RM150,000 kerana fitnah bekas menantu

Bernama
Bernama
20/06/2024
14:36 MYT
Chef Wan diarah bayar RM150,000 kerana fitnah bekas menantu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Chef Wan membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya Gavin Edward O'Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O'Luanaigh di platform media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya Gavin Edward O'Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O'Luanaigh di platform media sosial.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O'Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O'Luanaigh.
Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.
Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Semasa menyampikan alasan penghakiman, Hakim Wong berkata mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O'Luanaigh.
Beliau juga berkata chef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O'Luanaigh.
O'Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 Nov 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar. Beliau berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.
Dia memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mertuanya mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.
Dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan berkata kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.
Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O'Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.
Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.
Hakim, bagaimanapun, berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O'Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat jahat..
O'Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chef Wan
#Redzuawan Ismail
#fitnah bekas menantu
#bayar ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami