awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chef Wan dilantik jadi Profesor Adjung UUM

Bernama
Bernama
19/03/2017
07:06 MYT
Chef Wan dilantik jadi Profesor Adjung UUM
Chef Wan (dua dari kanan) menunjukkan watikah pelatikannya sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM). - Foto Instagram @chefwan58
Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkuat kuasa 1 Feb lepas.
Beliau menerima watikah pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2019 daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir, disaksikan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, di sini hari ini.
Mohamed Mustafa berkata pemilihan Chef Wan, 51, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran serta kesesuaian bidang masakan yang diceburi beliau serta dilihat dapat berkongsi pengalaman dengan pensyarah dan pelajar.
"Pemilihan tersebut adalah langkah meningkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan perancangan akademik STHEM," katanya pada majlis Sambutan Hari Pengasasan ke-33 UUM dan perasmian Restoran Manager's Coffee di sini.
Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.
Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' selain menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' pada 2010 daripada kerajaan Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chef Wan
#kulinari
#Profesor Adjung
#Redzuawan Ismail
#STHEM
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan