awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegu Bard dibebaskan pagi ini

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2023
01:00 MYT
Chegu Bard dibebaskan pagi ini
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menerusi laman Facebook pada Jumaat.
"Alhamdulillah CikguBard dibebaskan pagi ini jam 2.15 selepas diambil keterangan.
"Jalan terus! Selamatkan Malaysia," ujarnya.
Pada Khamis, Chegu Bard ditahan polis di hadapan Pejabat Agung Pas ketika beliau hendak hadir ke mesyuarat Himpunan Selamatkan Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, tangkapan dibuat berikutan keengganan beliau hadir untuk dirakam keterangan berhubung enam laporan terhadap dirinya.
Sebelum ini, Chegu Bard memaklumkan, himpunan berkenaan yang akan diadakan pada 16 September akan diteruskan meskipun mendapat reaksi pelbagai pihak.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penganjur himpunan tersebut sebagai tidak menghormati Hari Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chegu Bard
#Chegu Bard dibebaskan
#Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia
#Badrul Hisham Shaharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan