MALAYSIA
Chegubard ditahan polis bantu siasatan Himpunan Turun Anwar - Peguam
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan, memaklumkan polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, ditahan pihak polis di kediamannya hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Turun Anwar yang diadakan pada Sabtu lalu.
Ringkasan AI
Menurut peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, penahanan tersebut dimaklumkan kepada beliau sekitar jam 2.30 petang dan difahamkan siasatan melibatkan empat dakwaan di bawah pelbagai peruntukan undang-undang.
“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Muhammad Rafique turut mempersoalkan tindakan penahanan tersebut kerana temujanji rasmi antara anak guamnya dengan pegawai penyiasat telah dijadualkan berlangsung hari Selasa pada jam 11 pagi di Bukit Aman.
Katanya, Chegubard sebelum ini telah memberi komitmen untuk hadir secara sukarela dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan.
Dalam pada itu, pada Isnin Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan, memaklumkan polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu.
“Salah satu kes yang disiasat melibatkan insiden patung menyerupai Perdana Menteri disebat di kawasan berhampiran Masjid Negara. Kes ini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Sementara itu, tiga lagi laporan polis berkaitan penggunaan dron semasa perhimpunan tersebut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi siasatan lanjut berhubung pelanggaran peraturan udara,’’katanya.
Perhimpunan yang dianjurkan atas nama Himpunan Turun Anwar itu dihadiri kira-kira 18,000 peserta yang berkumpul secara aman sebagai bentuk bantahan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chegubard, yang juga pemimpin kumpulan protes berkenaan, sebelum ini dikenali aktif dalam menganjurkan perhimpunan rakyat dan sering dipanggil memberi keterangan oleh pihak berkuasa berhubung isu-isu melibatkan kebebasan bersuara dan hak berhimpun.
Ringkasan AI
- Chegubard ditahan polis di kediamannya bagi siasatan berkaitan Himpunan Turun Anwar, meskipun temu janji dengan pegawai penyiasat telah ditetapkan dan beliau berjanji hadir sendiri.
- Siasatan melibatkan empat dakwaan undang-undang, termasuk Akta Kesalahan Kecil, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Akta Hasutan.
- Himpunan disertai kira-kira 18,000 peserta, dengan empat laporan polis diterima termasuk insiden patung menyerupai PM dan isu dron yang dirujuk kepada pihak CAAM.