awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chevrolet Camaro baharu bakal tunjuk muka!

Astro Publication
Astro Publication
06/05/2015
10:05 MYT
Chevrolet Camaro baharu bakal tunjuk muka!
Chevrolet sudah mengeluarkan imej-imej pertama untuk menarik perhatian dunia kepada model Camaro generasi terkini yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Memang model ini tidak dijual di Malaysia, tetapi model Camaro adalah antara nama ikonik di seluruh dunia. Apatah lagi dengan imej baharunya yang semakin naik dek kerana filem ‘Transformers’. Chevrolet Camaro baharu ini dikatakan mendapat rekaan untuk mencerminkan sebuah kereta yang lebih lincah dan dapat memberi pengalaman pemanduan lebih baik.
“Camaro telah pergi gim dan keluar dengan fizikal lebih lincah dan atletik untuk model generasi ke-6 ini" kata Ed Welburn, timbalan presiden, GM Global Design.
Bahagian luar direka untuk kelihatan rapi membalut komponen-komponen mekanikal dengan ketat. Hud enjin daripada aluminium (gambar di atas), contohnya, diberi penggayaan yang terdiri daripada garisan keras dan lengkungan yang cermat. Dikatakan ia membawa kesan seakan-akan hud ini membalut bahagian enjin.
Fender pula menjadi satu faktor visual yang penting, sepertimana yang ditunjukkan Camaro sekarang. Tetapi ia dikemaskini dengan perincian untuk menampakkan seperti kereta baharu adalah lebih rendah dan lebar daripada sebelumnya. Sebenarnya, Camaro akan datang ini mempunyai tapak yang lebih kecil.
Chevorlet Camaro baharu ini akan dipersembahkan kepada umum pada Mei 16 ini. Kita tunggu bagaimana rupanya nanti.
Topic Berkaitan
# Camaro
# GM
#Chevrolet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan