KUALA LUMPUR: Chevrolet memberi peringatan kepada pemilik kenderaannya di Malaysia berhubung kempen memanggil balik sebanyak 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, jenama kereta Amerika itu berkata, kempen tersebut yang dilancarkan pada Jun tahun lepas bertujuan menggantikan inflator beg udara Takata di bahagian pemandu bagi kenderaan yang terjejas kerana terdapat potensi kematian sekiranya beg udara yang rosak teraktif sekiranya berlaku kemalangan.
Model kenderaan yang terlibat adalah Chevrolet Cruze (2010-2015), Chevrolet Orlando (2013-2015), Chevrolet Sonic (2013-2014), Chevrolet TRAX (2017) dan SAAB 9-3 (2007).
"Pemilik kenderaan Chevrolet yang terlibat dan tidak menerima makluman atau panggilan berikutan data pemilikan yang lama pada sistem, digalakkan untuk menghubungi pasukan petugas kami atau log masuk ke laman web kempen panggilan balik untuk butiran lanjut.
"Demi keselamatan anda dan insan tersayang, kami menggesa pemilik kenderaan untuk segera menukar beg udara sebelum memulakan perjalanan pada musim perayaan," katanya.
Mereka yang terlibat boleh menghubungi +6011 3129 9963, +6011 3129 9965 atau melayari www.chevrolettakatarecallmy.com untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Chevrolet memberi peringatan kepada pemilik kenderaannya di Malaysia berhubung kempen memanggil balik sebanyak 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di negara ini.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Chevrolet gesa pemilik di Malaysia ganti beg udara pemandu
Chevrolet memberi peringatan kepada pemilik kenderaannya di Malaysia berhubung kempen memanggil balik sebanyak 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di negara ini.
‘Manchester For Live’ – Chevrolet nak bawa anda ke Old Trafford
Menangi peluang menonton perlawanan MU vs Chelsea. Dapatkan juga rebat tunai sehingga RM20,000!
Chevrolet memperkenalkan model Cruze 2016
Ianya lebih besar, lebih ringan, lebih cekap menggunakan bahan api, lebih canggih dan pastinya lebih mengutamakan ciri-ciri keselamatan.
‘Bumblebee’ kembali dengan generasi ke-6 Camaro
Chevrolet perkenalkan Camaro 2016 yang lebih ringan, cekap dan dengan pengendalian lebih hebat
Chevrolet Camaro baharu bakal tunjuk muka!
Bumblebee akan dapat ‘adik’. Entah macam mana la rupanya nanti…
Tempoh promosi dilanjutkan
Dapatkan Chevrolet pilihan anda dengan pakej servis percuma untuk 3 tahun khas daripada promosi akhir tahun Naza Quest
Tahu politik tempatan? Sahut cabaran PRU Trivia!
Sejauh manakah rakyat Malaysia benar-benar tahu tentang selok belok proses pengundian dan latar belakang politik di negara kita ini?