SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
GADGETS

China perkenal chatbot Wukong AI di stesen angkasa Tiangong

Amanz 22/08/2025 | 05:15 MYT
China memperkenalkan chatbot Wukong AI di stesen angkasa Tiangong untuk membantu angkasawan merancang dan melaksanakan tugasan. -Amanz
STESEN angkasa Tiangong sudah beroperasi di orbit sejak 2022. Ia menjadikan China antara kuasa besar dalam dunia aeroangkasa.


Ringkasan AI
  • China memperkenalkan chatbot Wukong AI di stesen angkasa Tiangong untuk membantu angkasawan merancang dan melaksanakan tugasan.
  • Wukong AI dibangunkan oleh iFlytek menggunakan model sumber terbuka dan berfungsi melalui interaksi teks antara sistem di angkasa dan di bumi.
  • China menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat yang berjaya menggunakan AI berasaskan LLM di angkasa lepas.


Kini mereka maju selangkah lagi selepas memperkenalkan chatbot Wukong AI di Tiangong bagi membantu angkasawan melakukan tugas mereka.

Chabot dengan kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh syarikat iFlytek menggunakan model sumber terbuka.

Setakat ini Wukong AI sudah digunakan sejak sebulan lalu oleh angkasawan untuk merancang aktiviti seperti bekerja di luar stesen angkasa.

Ia berinteraksi dengan angkasawan menggunakan teks. Ia beroperasi dengan satu sistem di stesen angkasa dan satu lagi di bumi bagi memberikan jawapan yang relevan kepada soalan yang diberikan.

China menjadi negara kedua berjaya menggunakan AI berasaskan LLM di angkasa lepas.

Tahun lalu Booz Allen dan HPE pertama kali menggunakan LLM di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sementara Airbus pula telah menguji robot dengan AI CIMON pada tahun 2018 juga bagi membantu angkasawan melakukan tugas mereka. -Amanz





#China #chatbot #Wukong AI #Stesen angkasa #Tiangong