BEIJING: Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.
Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menolak persepsi segelintir pihak bahawa Malaysia bersikap berat sebelah, kerana didakwa 'pro-China'.
Sebagai sebuah negara kecil, Menteri Kewangan itu menambah Malaysia sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama termasuk dengan Amerika Syarikat (AS).
"China adalah jiran (rakan dagang) yang penting dan perdagangan utama tetapi AS sebagai sebuah negara yang mesra terhadap kita (Malaysia). Kita adalah sebuah negara yang kecil, tiada siapa patut 'memerintah' kita.
"Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita perlu memutuskan apa yang terbaik untuk negara. Kita sedar perdagangan kita dari China, dan gembira menjadi jiran yang baik, mesra serta mendapat manfaat daripada kejayaan mereka.
"Jika AS mahu menyumbang, ia adil. Tetapi seperti saya katakan, tiada siapa harus 'memerintah' kita," katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan di Tshinghua University, di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia bersetuju dengan inisiatif yang dibawa oleh Presiden China, Xi Jinping termasuk meluaskan isu kemanusiaan dan ketamadunan.
"Saya tidak mengatakan bahawa saya menentang sesiapa pun.
"Tetapi kita harus melihat ke hadapan dan saya tidak mengatakan China sebagai pesaing atau ancaman kepada kita. Ya, terdapat banyak perkara yang kami bersetuju, dan juga beberapa perkara yang kami tidak bersetuju (tindakan China)," ujarnya lagi.
Kedua-dua ekonomi besar dunia itu bertelagah dalam pelbagai isu termasuk perdagangan dan Taiwan.
Semalam, Perdana Menteri ketika berucap di Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2023 (BFA 2023) berkata persaingan teknologi seharusnya menjadi antara agenda utama untuk perbincangan di peringkat tertinggi, setanding dengan wacana mengenai hal-hal keselamatan dan ekonomi am.
Anwar ketika ini dalam rangka kerja rasmi ke China selama empat hari sehingga Sabtu (esok).
Hasimi Muhamad
Fri Mar 31 2023

Anwar menolak persepsi segelintir pihak bahawa Malaysia bersikap berat sebelah, kerana didakwa 'pro-China'. - Gambar/ Bernama

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Malaysia teroka penanaman padi air masin, dapatkan kepakaran China - Mohamad Sabu
Kerajaan bercadang untuk meneroka penanaman padi air masin dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran beras di negara ini.

Pesawat C919 buatan China mulakan penerbangan komersial
Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan sendiri oleh China, memulakan penerbangan komersial pertamanya dari Shanghai ke Beijing pada Ahad.

Kota purba Kashgar tawar keaslian, keunikan, ketenangan
Ibarat dibawa belayar ke dalam filem Aladdin, Prince of Persia atau Ali Baba Bujang Lapok, itulah yang boleh digambarkan oleh penulis.

Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Presiden Xi seru dunia bina tamadun multipolar
Xi berkata mematuhi multilateralisme yang sebenar di samping mendorong pembangunan serantau yang terselaras adalah konsensus bersama masyarakat antarabangsa.

Potensi kemasukan pelajar dari China meriahkan sektor pendidikan - MPN
Potensi kemasukan pelajar dari negara China untuk memeriahkan sektor pendidikan di negara ini dilihat sangat besar.

Semua MoU antara syarikat Malaysia, China dinilai telus, komprehensif - Tengku Zafrul
Semua MoU yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China baru-baru ini akan dinilai secara telus dan komprehensif oleh Jawatankuasa Penilaian MoU.

Panda gergasi Lin Hui mati akibat darah beku disebabkan faktor usia
Lin Hui juga mengalami pendarahan di hidung akibat tumor.

Institusi TVET perlu rebut peluang BRI dengan China - PKPB
PKPB juga menaruh harapan akan lebih ramai belia berkemahiran termasuk tenaga pengajar merebut peluang mendapatkan peningkatan latihan di China.

AS lulus RUU syaratkan analisis antara agensi pendedahan ekonomi kepada China
Dewan Perwakilan AS meluluskan undang-undang yang memerlukan Jabatan Perbendaharaan mengetuai analisis antara agensi mengenai pendedahan ekonomi negara itu kepada sektor kewangan China.