China umum lebih banyak latihan ketenteraan sekitar Taiwan

Astro Awani
Ogos 15, 2022 23:50 MYT
Pesawat milik tentera China dilihat melakukan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan. - Foto Xinhua via AP
CHINA mengumumkan lebih banyak latihan ketenteraan di sekitar Taiwan.
Ia difahamkan sebagai reaksi pertemuan Presiden pulau itu, Tsai Ing-Wen dengan delegasi Kongres Amerika Syarikat pada Isnin.
Beijing dalam pada itu mengancam akan meningkatkan ketegangan dengan Washington.
Menurut Menteri Pertahanan China, latihan ketenteraan terbaharu ini adalah sebagai reaksi kepada provokasi antara Amerika Syarikat dan Taiwan.
Namun sehingga kini tiada sebarang butiran lanjut mengenainya.
Perkembangan ini berlaku beberapa hari selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi, yang mendatangkan kemarahan kepada China.
Pelosi, merupakan pemimpin kanan tertinggi AS melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Lawatan Pelosi kemudian mencetus ancaman ketenteraan China ke atas Taiwan selama dua minggu.
#China #Taiwan #latihan ketenteraan #Amerika Syarikat