Chini Memilih: Kempen secara digital juga dapat dekati rakyat - Mohd Shukri

Fareez Azman
Jun 27, 2020 06:00 MYT
Calon bebas Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli berkempen menggunakan pendekatan normal baharu. - Gambar Astro AWANI
Ketika ini kempen terus digerakkan oleh calon-calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Calon Bebas dengan logo parti kunci, Mohd Sharim Md Zain misalnya meneruskan kempen secara dalam talian bagi menarik hati pengundi di DUN itu.
Menurutnya, sejak hari pertama berkempen, pelbagai masalah telah didengarnya dan akan membawa perkara itu ke jalan penyelesaian jika diberikan mandat pada 4 Julai ini.
"Memang ia (kempen digital) agak baharu bagi sebuah kempen pilihan raya, tapi mengikut apa yang diuar-uarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa akan mengutamakan kempen penggunaan media sosial.
"Sebab tu saya ikut prosedur operasi standard (SOP) betul-betul dan saya rasa dengan penggunaan media sosial ini, walaupun kadang-kadang ketika saya live, penonton tidaklah terlampau ramai atau tinggi.
"Tapi apa yang penting ialah rakaman kempen saya dimuat naik ke dalam Facebook selain dikirim dalam kumpulan Whatsapp." katanya ketika ditemui di Chini pada Sabtu.
Malah dengan cara itu, jelas Mohd Sharim, beliau dapat mendekati rakyat dengan lebih selesa apabila sesuatu isu itu dijawab secara langsung.
Sehingga kini, setiap siaran langsung calon bebas mendapat lebih 3,000 tontonan.
#calon #calon Bebas #DUN Chini #Facebook #Langsung #media sosial #Mohd Shukri Mohd Ramli #N23 #pilihan raya kecil #PRK #SOP #Suruhanjaya Pilihan Raya #WhatsApp