awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei imbau zaman kanak-kanak gelanggang kampung pupuk semangat perpaduan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
31/08/2025
01:50 MYT
Chong Wei imbau zaman kanak-kanak gelanggang kampung pupuk semangat perpaduan
Chong Wei turut menitipkan ucapan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat. - Foto Facebook/Lee Chong Wei
KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengimbau kembali detik zaman kanak-kanaknya bermain di gelanggang kampung sebagai simbol nilai perpaduan yang perlu terus dipupuk rakyat Malaysia.
Menurut beliau, gelanggang pertama yang diceburinya bukanlah di dewan serba lengkap, sebaliknya di jalan tar dengan garisan kapur dan jaring yang diikat pada dua tiang.
“Di gelanggang kecil itu, saya belajar sesuatu yang jauh lebih besar daripada badminton. Saya belajar bahawa hormat, kerjasama, dan persahabatan tidak lahir daripada warna kulit kita, tetapi daripada keikhlasan hati kita,” katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Bekas jaguh dunia itu turut menegaskan bahawa setiap kali beliau melangkah ke pentas antarabangsa, dirinya membawa nama Malaysia, disokong oleh perpaduan rakyat yang berbilang bangsa dan agama.
“Malaysia akan terus bersinar paling terang apabila kita bermain sebagai satu pasukan.
"Kita tidak menyokong Pearly kerana dia Cina, tidak menyokong Izzuddin kerana dia Melayu, atau Thinaah kerana dia India. Kita menyokong mereka kerana mereka anak Malaysia,” katanya.
Chong Wei turut menitipkan ucapan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat, sambil menyatakan penghargaan kepada beregu wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah dan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang kini sedang berjuang di Kejohanan Dunia di Paris.
“Semoga ada kilauan emas sempena Hari Yang Mulia ini,” ujarnya
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2025
#Lee Chong Wei
#simbol nilai perpaduan
#gelanggang kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan