awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIJ lancar projek pantau ucapan benci sepanjang PRN

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2023
22:00 MYT
CIJ lancar projek pantau ucapan benci sepanjang PRN
Pemantauan bermula 24 Julai sehingga 20 Ogos itu akan memantau ahli politik, parti politik, media, agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat, bagi mengenal pasti corak dan perkembangan naratif kebencian.- Gambar hiasan Bernama
KUALA LUMPUR: Centre for Independent Journalism (CIJ) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia sedang menjalankan projek pemantauan ucapan benci sepanjang musim Pilihan Raya Negeri 2023.
Pemantauan ini akan bertumpu kepada ucapan benci membabitkan isu sensitif seperti 3R (bangsa, agama, dan raja) dan gender, termasuk juga yang disasarkan kepada kelompok tertentu seperti golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ+), golongan pelarian dan pendatang asing.
Turut dilancarkan ialah portal Katakan Tidak pada Ucapan Benci (Say No to Hate Speech) yang membolehkan media dan orang awam mendapat akses kepada data yang diperoleh daripada pemantauan harian.
"Berdasarkan pengamatan kami, terutamanya semasa Pilihan Raya Umum ke-15 pada November yang lalu, CIJ dan rakan-rakan kerjasama kami menjangkakan ucapan benci dan penyebaran maklumat palsu akan berterusan terutamanya di ruangan media sosial.
"Taktik seperti ini sering digunakan oleh ahli-ahli politik dan beberapa pemimpin masyarakat lain bagi mengawal naratif dan mempengaruhi pemahaman orang awam tentang isu-isu utama yang boleh mempengaruhi keputusan pengundi.
"Penggunaan tema dan retorik yang mengapi-apikan demi kepentingan politik yang sempit, berperanan mengalih dan mengganggu perhatian daripada perbincangan berasaskan penumpuan solusi yang memupuk prinsip demokrasi," kenyataan itu menyebut.
Pemantauan bermula 24 Julai sehingga 20 Ogos itu akan memantau ahli politik, parti politik, media, agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat, bagi mengenal pasti corak dan perkembangan naratif kebencian memberi kesan atau meningkatkan potensi bahaya kepada individu atau komuniti.
Pemantauan ini juga turut mengenal pasti tingkah laku tidak tulen, Coordinated Inauthentic Behaviours (CIB), seperti bot dan laskar siber.
Topic Berkaitan
#ucapan benci
#PRN
#politik
#Centre For Independent Journalism
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan