Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah

Agensi
Disember 21, 2017 09:11 MYT
Buat masa ini, tiada sebarang surat yang dikeluarkan dan diserahkan kepadanya sebelum musim persekolahan akan berakhir tidak lama lagi. - Gambar Astro AWANI
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Azizan Manap, atau lebih dikenali Cikgu Azizan hari ini memaklumkan beliau akan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan sama ada akan kekal bertugas di sekolah yang sama atau sebaliknya.
Lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan beliau memaklumkan portal Sinar Harian, buat masa ini tiada sebarang surat yang dikeluarkan dan diserahkan kepadanya sebelum musim persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.
“Saya serahkan semuanya kepada JPN,” katanya kepada portal berita itu.
BACA: Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan
BACA: Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul
Sementara itu, portal itu turut melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon memberi jaminan akan menghulurkan bantuan terbaik bagi kedua-dua pihak.
Katanya, kes tersebut memberi impak besar kepada profesion perguruan dan ia perlu dilihat melalui pelbagai sudut.
#Azizan Manap #Chong Sin Woon #Cikgu Azizan #Jabatan Pendidikan Negeri #Sekolah Kebangasaan Taman Semarak