Tindakan seorang guru kaunseling 'mengorek rahsia' salah seorang pelajar, akhirnya membongkarkan tindakan terkutuk abang kandung anak didiknya itu.
Pelajar tingkatan tiga itu mendedahkan dia dirogol oleh abang kandungnya yang berusia 16 tahun, kira-kira pukul 10 malam, pada 26 Julai lalu di rumah mereka di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memberitahu, guru berkenaan kemudiannya membuat aduan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bertindak atas aduan pada kira-kira pukul 7.30 petang, Rabu lalu itu katanya, JKM membawa pelajar itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Nik Ezanee turut memaklumkan, mangsa dan seorang lagi adik perempuannya kini diletakkan di bawah jagaan JKM sementara polis menjalankan siasatan.
Berdasarkan maklumat itu, kata beliau, polis menahan abang kandung mangsa di tepi Jalan Universiti, Petaling Jaya pada pukul 12.01 tengah malam Khamis.
Beliau memberitahu, pelajar tingkatan empat itu kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dijalankan.
Jika disabit bersalah, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan disebat.
Umavathi Ramayah
Thu Aug 20 2020
Nik Ezanee memberitahu, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. - Gambar fail BERNAMA
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Wanita maut dipercayai dipukul abang kandung
Mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia 10.30 malam Sabtu di Hospital Queen Elizabeth II setelah dua hari menerima rawatan.
Tumbuk muka abang kandung: Penulis blog dihukum penjara 14 hari, denda RM2,500
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 21 Feb lepas.
Cikgu 'korek rahsia' pelajar dedah mangsa dirogol abang kandung
Tindakan seorang guru kaunseling 'mengorek rahsia' salah seorang pelajarnya, akhirnya membongkarkan tindakan terkutuk abang kandungnya.
Adik perempuan jadi mangsa rogol abang sejak 3 tahun lalu
Seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 7 tahun menjadi mangsa rogol abang kandungnya sejak tiga tahun lalu.