awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah, bebas semua tuduhan

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2022
14:37 MYT
Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah, bebas semua tuduhan
Mohd fadli juga berharap tindakan susulan diambil daripada perkara yang dibangkitkan beliau sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd Fadli Mohamed Salleh diputuskan tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Perkara tersebut disahkan oleh Mohd Fadli sendiri menerusi Facebook live malam ini yang membacakan surat keputusan tindakan tatatertib daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
“Walau ramai sudah maklum, Alhamdulillah ketiga-tiga pertuduhan (saya didapati) tidak bersalah dan bebas daripada apa-apa tindakan (tatatertib),” katanya.
Mohd Fadli juga berharap tindakan susulan diambil berhubung perkara yang dibangkitkan beliau sebelum ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai surat daripada KPM bertarikh hari ini yang menggugurkan guru Matematik itu daripada semua pertuduhan dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.
Mohd Fadli sebelum ini tular di media sosial selepas mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada KPM dipercayai kerana sering menegur berkaitan pelbagai isu persekolahan.
Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap situasi menang-menang dapat dicapai dalam perkara itu.
Topic Berkaitan
#Guru Sekolah Kebangsaan 1 Gombak
#Kementerian Pendidikan
#Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh
#tidak bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan