[TERKINI] Ikuti pembentangan Bajet 2026 secara langsung – video tumpuan, undian anda serta analisis penuh di sini!
GADGETS

CIMB bakal tamatkan BizChannel menjelang 2027, fokus kepada OCTO Biz

Amanz 10/10/2025 | 05:00 MYT
CIMB memperkenalkan aplikasi perbankan perniagaan baharu, CIMB OCTO Biz, yang lebih moden dan selari dengan penjenamaan OCTO untuk akaun persendirian. -Amanz
SELARI dengan pengenalan aplikasi perbankan perniagaan generasi baharu, CIMB OCTO Biz, kini pihak CIMB turut berkongsi mengatakan mereka menyasarkan penamatan aplikasi BizChannel menjelang 2027.


Ringkasan AI
  • CIMB memperkenalkan aplikasi perbankan perniagaan baharu, CIMB OCTO Biz, yang lebih moden dan selari dengan penjenamaan OCTO untuk akaun persendirian.
  • Aplikasi ini menawarkan ciri seperti paparan aliran tunai masa nyata, pembayaran pukal, akses kepada 18 bulan penyata bank dan sekuriti dipertingkat.
  • CIMB menyasarkan penamatan aplikasi BizChannel menjelang 2027, tertakluk kepada beberapa faktor sebelum tarikh tersebut.


Namun, seperti biasa, perkara ini akan tertakluk kepada beberapa perkara menjelang tarikh berkenaan. CIMB OCTO Biz merupakan aplikasi perbankan lebih moden dengan pelbagai ciri-ciri baharu.

Pengenalan aplikasi ini juga adalah selari dengan penjenamaan OCTO yang digunakan untuk aplikasi bagi akaun persendirian.

CIMB OCTO Biz turut hadir dengan sokongan paparan papan pemula aliran tunai dalam bentuk masa-nyata, sokongan pembayaran pukal untuk tujuan perniagaan dan pengurusan, akses kepada 18 bulan penyata bank, serta sokongan sekuriti yang lebih baik.

Pengguna akaun perniagaan CIMB sudah boleh memuat turun aplikasi CIMB OCTO Biz yang ditawarkan untuk iPhone dan Android. -Amanz





#CIMB #CIMB OCTO Biz #OCTO #aplikasi perbankan perniagaan