[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

CIMB laksana penyelenggaraan sistem berjadual 13, 14 September ini

Amanz 12/09/2025 | 06:30 MYT
Gangguan berlaku pada 13 September dari 12.01 tengah malam hingga 8 pagi, dan disambung semula pada 14 September dari 12.01 tengah malam hingga 5 pagi. -Gambar fail/Amanz
CIMB Bank Berhad memaklumkan beberapa perkhidmatan perbankan utama akan mengalami gangguan sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan.


Ringkasan AI
  • CIMB Bank akan menjalankan penyelenggaraan sistem yang menyebabkan gangguan pada perkhidmatan ATM, CDM dan MEPS.
  • Gangguan berlaku pada 13 September dari 12.01 tengah malam hingga 8 pagi, dan disambung semula pada 14 September dari 12.01 tengah malam hingga 5 pagi.
  • Pelanggan dinasihatkan merancang urusan lebih awal dan CIMB memohon maaf atas kesulitan yang mungkin timbul.


Gangguan ini melibatkan sistem MyDebit dan akan memberi kesan kepada penggunaan mesin juruwang automatik (ATM), MEPS serta mesin deposit tunai (CDM).

Gangguan akan bermula pada Sabtu (13 September 2025) dari jam 12.01 tengah malam hingga 8 pagi. Ia akan disambung semula pada Ahad (14 September) dari jam 12.01 tengah malam hingga 5 pagi.

Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak akan dapat melakukan transaksi melalui ATM dan CDM.



CIMB menasihatkan semua pelanggan agar merancang urusan masing-masing dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pihak bank turut memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan ini dijalankan. -Amanz





#cimb bank #penyelenggaraan sistem #ATM CDM dan MEPS #mydebit