awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cinta Syria Malaysia dijenama semula, perluas misi kemanusiaan ke seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2025
09:53 MYT
Cinta Syria Malaysia dijenama semula, perluas misi kemanusiaan ke seluruh dunia
Majlis pelancaran untuk penjenamaan semula Cinta Syria Malaysia di Bandar Baru Bangi pada Isnin. - Foto Astro AWANI
BANDAR BARU BANGI: Lebih sedekad membawa misi kemanusiaan kepada pelarian Syria, organisasi bukan kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia (CSM) kini beroperasi dengan identiti baharu iaitu Cinta Salam Malaysia.

Ringkasan AI
  • NGO Cinta Syria Malaysia kini dikenali sebagai Cinta Salam Malaysia, dengan misi kemanusiaan yang lebih inklusif merentasi pelarian dari pelbagai negara.
  • Organisasi ini menekankan tiga teras utama: visi merentas sempadan, misi menyantuni lebih ramai pelarian, dan program berimpak jangka panjang.
  • Cinta Salam Malaysia menubuhkan Panel Pakar Rujukan Global Strategik (S-Panel) serta merancang membuka cawangan rasmi di Syria bagi mempercepatkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Ahmad Musa Al-Nuwayri berkata, penjenamaan ini bertujuan memperluaskan bantuan kepada pelarian dan komuniti rentan di seluruh dunia, tidak terhad pelarian Syria.
"Perubahan ini bukan sekadar pertukaran nama, sebaliknya mencerminkan hala tuju yang lebih inklusif, strategik dan berimpak jangka panjang.
"Istilah 'Salam' dalam jenama baharu ini melambangkan keamanan dalam kekacauan, peradaban dalam kehancuran serta penghubung kasih antara penderma dan penerima," ujar Ahmad dalam satu majlis pelancaran, di sini pada Isnin.
Jelasnya lagi, Cinta Salam Malaysia kini akan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu visi merentas sempadan, misi menyantuni lebih ramai pelarian, serta program berorientasikan impak jangka panjang.
"Skop bantuan kini merangkumi pelarian dari pelbagai negara konflik selain komuniti miskin tempatan, menggunakan pendekatan berasaskan data dan kolaborasi pelbagai pihak.
"Bagi memastikan keberkesanan program, organisasi kami turut memperkenalkan enam nilai strategik iaitu ketelusan, kecemerlangan, kerjasama strategik, keterangkuman, gerbang maklumat dipercayai serta pemerkasaan sosial dan ekonomi.
"Nilai-nilai ini akan menjadi teras kepada tadbir urus dan pelaksanaan inisiatif," terang Ahmad.
CSM turut mengumumkan penubuhan Lembaga Penasihat (BoA) dan Panel Pakar Rujukan Global Strategik (S-Panel), dianggotai pakar dalam bidang undang-undang antarabangsa, geopolitik, tadbir urus, komunikasi strategik serta pemasaran.
Seterusnya CSM merancang membuka cawangan rasmi di Syria bagi menguruskan bantuan secara terus, mempercepatkan tindak balas kecemasan, serta membangunkan kapasiti tenaga kerja tempatan.
Topic Berkaitan
#Cinta Syria Malaysia
#Cinta Salam Malaysia
#NGO penjenamaan semula
#memperluakan bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan